
MAPT 37/2025 memperkasa suara anggota dalam membentuk masa depan KOBENA
Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-37/2025 pada 12 Julai 2025 bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh perwakilan KOBENA dari seluruh Malaysia bagi melaksanakan pemilihan Anggota Lembaga KOBENA bagi sesi baharu serta membincangkan hala tuju dan perancangan koperasi.
MAPT merupakan platform penting untuk mencapai keputusan bagi perkara perkara yang dibincangkan seperti belanjawan tahunan, perbelanjaan sebenar, meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) dan usul.
Hari Koperasi Negara 2025 memperkukuh jaringan koperasi
Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA) telah menyertai Hari Koperasi Negara 2025 (HKN2025) yang berlangsung pada 25 hingga 27 Julai 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.
Penyertaan ini menjadi platform bagi KOBENA untuk memperkenalkan peranan dan inisiatif koperasi kepada masyarakat, di samping mempromosikan keanggotaan serta memperkukuh jaringan kerjasama terutamanya golongan belia dalam pendidikan dan kerjaya dengan agensi, koperasi dan rakan strategik dari seluruh negara.
Bertemakan “Koperasi Memperkasa Komuniti, Membina Negara MADANI”, HKN2025 menghimpunkan pelbagai koperasi dalam usaha memperkasakan gerakan koperasi sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi negara serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan koperasi.


Kerjasama KOBENA dan PERHILITAN semai kelestarian hijau melalui CSR penanaman pokok nadir di Paya Indah Wetlands
Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA) telah menganjurkan Program CSR KOBENA 2025: Pemuliharaan Alam Sekitar pada 10 September 2025 di Paya Indah Wetlands.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menerusi aktiviti penanaman pokok nadir sebagai usaha memulihara biodiversity serta menyokong pemeliharaan ekosistem semula jadi.
Melalui inisiatif ini, KOBENA terus memperkukuh komitmennya terhadap amalan kelestarian dan tanggungjawab sosial korporat dengan menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar. Program ini juga bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga khazanah alam demi kesejahteraan generasi akan datang.
Kunjungan hormat KOBENA dan Delegasi Jepun ke atas Timbalan Menteri Kerja Raya
Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA) bersama sebuah syarikat di bawah Human Group Ltd. yang berpangkalan di Sasebo, Nagasaki, Jepun, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.
Kunjungan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif KOBENA, En. Shahrizal Sabarudin bersama Presiden Human Group Ltd., Kazunori Uchiumi bagi mengeratkan hubungan serta menjalinkan silaturahim bersama Kementerian.
Kunjungan ini turut menjadi platform dalam memperkukuh hubungan serta meneroka potensi kerjasama pada masa akan datang.


Penyertaan KOBENA di ICC 2025 bagi Memperkukuh Jaringan Antarabangsa Belia Koperasi
Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA) telah menyertai International Cooperative Conference (ICC) 2025 yang berlangsung pada 29 September hingga 2 Oktober 2025 di Tenera Hotel, Bandar Baru Bangi.
Persidangan yang dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ini mengangkat tema “Youth for Cooperative Future”. Persidangan ini menghimpunkan pemimpin, pengamal dan golongan belia dalam gerakan koperasi dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Basque Country (Sepanyol) serta beberapa negara lain bagi berkongsi pandangan, pengalaman dan amalan terbaik dalam memperkukuh pembangunan gerakan koperasi.
Penyertaan KOBENA mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh peranan belia dalam gerakan koperasi, di samping memperluas jaringan kerjasama antarabangsa serta meningkatkan perkongsian ilmu demi pembangunan koperasi yang lebih mampan.
Perasmian Surau Ar-Raudhah di Kompleks Gudang KOBENA, Pelabuhan Klang, Selangor
Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA) telah mengadakan Majlis Perasmian Surau Ar-Raudhah KOBENA pada 7 Mac 2026 bertempat di Kompleks Gudang KOBENA, Pelabuhan Klang.
Penubuhan surau ini merupakan salah satu inisiatif KOBENA dalam menyediakan kemudahan ibadah yang selesa, di samping memperkukuh nilai keagamaan dan kebersamaan dalam kalangan warga KOBENA.
Semoga Surau Ar-Raudhah KOBENA terus menjadi ruang yang membawa keberkatan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga KOBENA dan komuniti sekitarnya.


Peluang Melanjutkan Pelajaran bersama KPMAIWP dan UOWM dengan kerjasama KOBENA
Program tawaran kepada anggota untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) dan University of Wollongong Malaysia (UOWM) dengan kerjasama KOBENA telah diadakan pada 10 Mei 2026 di Pulau Pinang.
Program ini memberi pendedahan kepada golongan belia berkaitan peluang melanjutkan pengajian, pilihan program pendidikan serta laluan akademik yang tersedia bagi membantu mereka merancang masa hadapan.
Kerjasama ini mencerminkan usaha KOBENA dalam menyokong pembangunan belia melalui bidang pendidikan serta membuka ruang kepada golongan muda untuk meneroka pilihan pengajian yang bersesuaian.
SOROTAN & AKTIVITI

Peluang Melanjutkan Pelajaran bersama KPMAIWP dan UOWM dengan kerjasama KOBENA
Program tawaran kepada anggota untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Profesional MAIWP[…]

Perasmian Surau Ar-Raudhah di Kompleks Gudang KOBENA, Pelabuhan Klang, Selangor
Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA) telah mengadakan Majlis Perasmian Surau Ar-Raudhah[…]

Penyertaan KOBENA di ICC 2025 bagi Memperkukuh Jaringan Antarabangsa Belia Koperasi
Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA) telah menyertai International Cooperative Conference (ICC)[…]
