Sorotan & Aktiviti

Latest Comments

Sebagai usaha memperkukuh pengetahuan serta tadbir urus koperasi, 2 wakil KOBENA telah menghadiri Bengkel Ketetapan Dasar dan Pemantapan Perundangan Koperasi Belia anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang berlangsung pada 15 hingga 17 Jun 2026.

Bengkel ini dipenuhi dengan pelbagai pengisian bermanfaat, termasuk perkongsian berkaitan dasar koperasi, aspek perundangan, tadbir urus serta hala tuju pembangunan koperasi belia di Malaysia. Turut diberi penekanan ialah keperluan penyelarasan Undang-Undang Kecil (UUK) koperasi belia bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Pembangunan Belia dan Sukan serta kehendak perundangan yang ditetapkan oleh SKM.

Penyertaan dalam program ini membuka peluang kepada KOBENA untuk menambah pengetahuan, memperkukuh pemahaman mengenai kerangka perundangan koperasi serta memperoleh idea baharu yang dapat dimanfaatkan dalam usaha memperkasakan peranan koperasi belia.

CATEGORIES:

Uncategorized

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *