
Kereta Persendirian Komprehensif
Polisi Kereta Persendirian Komprehensif ialah polisi insurans terhadap liabiliti kepada pihak ketiga bagi kecederaan tubuh badan atau kematian, kerosakan harta pihak ketiga, serta kerosakan akibat kemalangan atau kebakaran terhadap kenderaan anda atau kecurian kenderaan anda.
Perlindungan Tambahan
Perlindungan Pelbagai Memandu Tambahanialah tambahan pilihan di bawah Polisi Kereta Persendirian. Ia menyediakan pampasan dan pembayaran balik kepada pemandu dan penumpang sekiranya berlaku kecederaan tubuh badan, hilang upaya atau kematian yang disebabkan semata-mata oleh kemalangan semasa memasuki, menunggang atau turun dari kenderaan penumpang persendirian.
Multi Drive Baravo / Bravo Plus
Multi Drive Protector
Polisi Insurans Kereta Persendirian Pihak Ketiga, Kebakaran Dan Kecurian
Polisi Insurans Kereta Persendirian Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian menyediakan perlindungan terhadap liabiliti kepada pihak ketiga sekiranya berlaku kecederaan badan, kematian atau kerosakan harta benda. Polisi ini turut melindungi kenderaan anda daripada kerugian atau kerosakan akibat kebakaran dan kecurian.
E-Hailing
Guna kereta anda untuk e-hailing?
Tingkatkan perlindungan anda dengan Add-On E-Hailing bersama Polisi Komprehensif Kereta Persendirian.
