INSURANS MOTORSIKAL

APAKAH POLISI MOTOSIKAL KOMPREHENSIF?

Polisi Motosikal Komprehensif ialah polisi insurans yang memberikan perlindungan terhadap lialibiliti kepada pihak ketiga bagi kecederaan tubuh badan atau kematian, kerosakan harta pihak ketiga, serta kerosakan akibat kemalangan atau kebakaran terhadap kenderaan anda, atau kecurian kenderaan anda.

APAKAH POLISI MOTOSIKAL PIHAK KETIGA?

Polisi Motosikal Pihak Ketiga ialah polisi insurans yang memberikan perlindungan terhadap liabiliti kepada pihak ketiga bagi kecederaan tubuh badan atau kematian, dan kerosakan harta pihak ketiga.

APAKAH KEMALANGAN PERIBADI PENUNGGANG MOTOSIKAL?

Kemalangan Peribadi Penunggang Motosikal merupakan tambahan pilihan di bawah Polisi Motosikal. Ia menyediakan pampasan dan pembayaran balik kepada penunggang sekiranya berlaku kecederaan tubuh badan, hilang upaya atau kematian yang disebabkan semata-mata oleh kemalangan semasa menaiki, menunggang atau turun dari motosikal persendirian.