Kata Aluan Pengerusi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya saya telah diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi KOBENA yang ke 10 sejak tahun 2022.
Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada anggota Lembaga KOBENA sesi 2024/2025, Pengurusan dan semua Petugas di atas usaha serta komitmen yang tinggi dalam memajukan ekonomi KOBENA sekaligus meletakkan KOBENA kepada wadah perjuangan pembangunan belia dari aspek ekonomi dan sosial. Ucapan penghargaan juga kepada semua Anggota KOBENA yang tidak jemu memberi sokongan dalam apa jua momentum kedudukan KOBENA.
Sebagai makluman, hubungan saya dengan KOBENA sejak dua dekad lalu ketika saya memegang jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). KOBENA adalah sebuah koperasi yang dibentuk oleh kerajaan dan Pengerusi pertama yang juga merupakan Ketua Pengarah, Kementerian Belia dan Sukan adalah mantan Perdana Menteri yang ke lima iaitu YAB Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Wadah perjuangan KOBENA dan MBM hampir sama iaitu untuk membantu sosio ekonomi belia di negara kita terutamanya memberi peluang kepada anggota-anggota KOBENA. Saya juga telah membawa kembali MBM bersama KOBENA dalam mendekatkan aktiviti bersama belia dan seterusnya menggalakkan belia berkoperasi. Belia adalah aset negara yang menyumbang sebahagian pembangunan ekonomi negara kita.
Alhamdulillah KOBENA terus utuh hampir setengan abad. Sematang usia, KOBENA telah banyak memberi sumbangan membantu kerajaan dalam melahirkan belia-belia dalam bidang Kemahiran. KOBENA masih diberi kepercayaaan oleh kerajaan dan terus relevan sehingga kini serta mendapat sokongan yang baik daripada Perdana Menteri sekarang iaitu YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.
Selaras dengan misi KOBENA iaitu mempercepatkan migrasi dunia digital dalam dalam perkhidmatan kepada anggota, KOBENA telah pun kemaskini aktiviti koperasi di dalam media sosial dan Mesyuarat Agung Kawasan juga diadakan melalui platform digital seperti yang disokong oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Kelajuan dunia digital ini juga memberi impak kepada koperasi dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan sistematik.
Antara misi KOBENA yang lain juga adalah mengoptima keberhasilan keusahawanan dan perniagaan. KOBENA telah mendapat kepercayaan pelbagai pihak dalam meneroka peluang-peluang perniagaan selain memberi fokus kepada aktiviti utama pada masa kini iaitu pengurusan pergudangan yang terletak Kompleks Gudang KOBENA di Pelabuhan Klang, Selangor. KOBENA juga turut terlibat dalam bidang Latihan Kemahiran yang disarankan oleh Kerajaan pada masa kini bersama rakan strategik iaitu CIDB.
Oleh itu, KOBENA dengan penuh harapan akan terus komited menumpukan usaha-usaha bagi menambah pendapatan serta meneroka bidang perniagaan baharu.Kejayaan ini akan dicapai dengan kerjasama daripada semua anggota Lembaga, Pengurusan, Jawatankuasa Audit Dalaman, Petugas dan juga anggota sendiri.
Akhir kata, teruskan memberi sokongan dalam aktiviti yang KOBENA jalankan dan semoga KOBENA terus meniti kejayaan dan menjadi antara koperasi terbaik di dalam negara kita.
Sekian, Wassalam.
Salam Malaysia Madani
Yang Benar,
Dato’ Dr Suhaimi Bin Ibrahim
Pengerusi
Koperasi Belia Nasional Berhad


Kata Aluan Ketua Pegawai Eksekutif
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA) terus berkembang maju sebagai peneraju pembangunan ekonomi belia yang progresif dan berdaya saing.
Sebagai sebuah koperasi yang komited terhadap pembangunan modal insan, KOBENA memainkan peranan penting dalam merangka dan melaksanakan inisiatif strategik yang memberi impak positif kepada kesejahteraan sosio ekonomi belia di Malaysia. Fokus utama kami adalah untuk memperkasakan belia melalui pendidikan, latihan kemahiran, dan program keusahawanan yang mampu melahirkan pemimpin dan usahawan masa depan yang inovatif serta berdaya tahan.
KOBENA juga sentiasa mengutamakan amalan tadbir urus yang cekap dan berintegriti dalam semua aspek operasi kami. Kami percaya bahawa ketelusan dan kebertanggungjawaban adalah asas kepada kejayaan dan kepercayaan yang berterusan daripada para anggota dan rakan kongsi kami. Oleh itu, kami komited untuk memperkukuh struktur pengurusan bagi memastikan semua projek dan inisiatif yang dilaksanakan memenuhi piawaian tertinggi dan memberi pulangan yang mampan kepada semua pihak berkepentingan.
Dalam mendepani cabaran ekonomi global yang semakin kompleks, KOBENA turut memberi tumpuan kepada transformasi digital dan inovasi teknologi sebagai enjin pertumbuhan masa depan. Melalui penerapan teknologi baharu, kami yakin mampu meningkatkan kecekapan operasi dan memperluaskan capaian pasaran, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada golongan belia untuk berjaya dalam bidang ekonomi yang serba dinamik.
Selain itu, kami juga memperkukuh hubungan strategik dengan agensi kerajaan, badan korporat, institusi kewangan, dan organisasi bukan kerajaan bagi memastikan rangkaian sokongan yang komprehensif dapat disediakan kepada para belia yang menyertai program kami. Kerjasama ini amat penting dalam membina ekosistem yang kondusif untuk pertumbuhan perniagaan dan pembangunan sosial yang inklusif.
Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada seluruh Anggota Lembaga Koperasi, Anggota Koperasi, rakan kongsi strategik, dan warga kerja yang terus menunjukkan komitmen tinggi serta kesungguhan dalam merealisasikan visi dan misi organisasi ini. Kejayaan yang dikecapi adalah hasil usaha kolektif yang berteraskan nilai integriti, inovasi, dan keunggulan.
Akhir kata, marilah kita terus melangkah bersama-sama ke arah membina masa depan yang lebih cerah dan berdaya maju. Dengan semangat perpaduan, ketekunan, dan iltizam, saya yakin KOBENA akan terus berkembang sebagai institusi yang menjadi kebanggaan negara serta pemangkin utama kepada transformasi ekonomi belia Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Shahrizal bin Sabarudin
Ketua Pegawai Eksekutif
Koperasi Belia Nasional Berhad
